Casual Subculture merupakan sebahagian daripada budaya asosiasi bola sepak yang disertai oleh hooligan dan mengenakan pakaian oleh pereka-pereka mahal Eropah. Budaya ini berasal dari Inggris pada akhir 1970-an yang ketika itu banyak hooligan yang memakai pakaian berjenama dan kasut sukan yang mahal untuk mengaburi mata polis. Mereka tidak memakai warna kelab mereka sendiri, ini memudahkan mereka untuk menyusup ke kelompok pesaing dan juga untuk ke Pub.
1950-an hingga 1980-an
Penyokong bola sepak Inggris telah memiliki unsur subculture fesyen yang dipimpin kuat sejak munculnya Teddy Boys pada pertengahan 1950-an. Hal ini berlanjutan dengan Mods pada tahun awal 1960-an, Skinhead pula lewat 1960-an, manakala Mod revivalist pula akhir 1970-an.
Casual Subculture bermula pada akhir 1970-an setelah peminat Liverpool FC dan Everton FC memperkenalkan seluruh England kepada fesyen Eropah. Mereka memperolehi fesyen terebut semasa menonton perlawanan kumpulan Eropah. Peminat-peminat yang tiba di England dengan pakain sukan oleh pereka mahal dari Itali dan Prancis, yang sebahagian besar mereka adalah mencuri di kedai. Mereka membawa balik jenama pakaian yang unik dan tidak pernah dilihat di negara ini sebelumnya. Tidak lama kemudian peminat lain mencari barang terpilih, seperti Lacoste atau Sergio Tacchini, dan Adidas terpilih. Pada masa itu, ramai pasukan polis masih mencari penyokong bola sepak Skinhead yang memakai boot Dr. Marten, tetapi tidak memberi perhatian kepada peminat bola yang memakai pakaian berjenama.
Pada tahun 1980-an label pakaian lain yang telah dikaitan dengan Casual termasuk; Pringle, Burberry, FILA, Henry Llyod, Lyle & Scott, Ben Sherman, Fred Perry, Kappa, dan Slazenger. Trend fesyen yang sering berubah dan cabang budaya Casual mencapai kemuncak pada akhir tahun 1980-an. Dengan ketibaan Acid House ( Band), dan muzik rave serta scene Madchester (scene muzik), keganasan budaya Casual mula pudar.
1990-an dan 2000-an.
Dalam pertengahan tahun 1990-an, budaya Casual mengalami kebangkitan semula, tetapi penekanan kepada gaya telah berubah sedikit. Ramai peminat bola sepak mengambil gaya Casual sebagai sejenis uniform, untuk mengenal pasti mereka adalah berbeza daripada kelab penyokong biasa. Jenama pakaian popular termasuk Stone Island, Aquascutum, Burberry, Lacoaste, Prada, Faconnable, Hugo Boss, Maharishi, Mandarina Duck dan Dupe. Di akhir 1990-an, ramai penyokong bola sepak mula bergerak jauh daripada jenama yang dianggap uniform Casual, kerana ia menarik perhatian polis. Beberapa jenama juga menarik balik reka bentuk tertentu daripada jualan selepas mereka telah dikaitan dengan Casual.
Fesyen Casual mula mengalami peningkatan populariti pada tahun 2000-an, dengan muzik British seperti The Street dan The Mitchell Brothers yang berpakaian seperti Casual dalam video muzik mereka. Budaya Casual telah diketengahkan oleh filem-filem dan program televisyen seperti ID, The Firm, The Football Factory dan Green Street. Walaupun sesetengah Casual terus untuk memakai Stone Island dalam 2000-an, tetapi ada juga yang telah bersara. Walau bagaimanapun selagi butang terpasang, mereka masih boleh mengetahui dan masih mampu untuk mengenali pakaian tersebut. Label pakaian lain yang berkaitan dengan Casual dalam tahun 2000-an telah dimasukan seperti Adidas Original, Lyle & Scott, Fred Perry, Armani, Lambretta, Lacoste, Nudie Jeans, Edwin, dan Superga. Ramai Casual telah menerima pakai pakaian underground, untuk mengelakkan jenama pakaian yang lebih moden sebagai label pakaian bebas.
No comments:
Post a Comment